" Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalahiman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini "

Sunday, August 28, 2011

Tazkirah Ringkas; Kenali Aidilfitri

medium_HY016-hires.gif

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134

Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK



Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga
Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

Ramadhan 1432

Syukur Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan yang ke 1432 ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi diri kita. Semoga kita mampu untuk berubah kepada lebih baik dan kekal sehingga Ramadhan tahun berikutnya.

Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Sama-samalah kita berdoa:

Bismillah...

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.

Amin...

Thursday, June 16, 2011

Bolehkan masih bersahur walaupun azan Subuh telah berkumandang?

Firman Allah Taala:
"...Dan makan dan minumlah hingga nyata garis putih dari garis hitam daripada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam." (Al-Baqarah, 187)
Mula berpuasa ialah apabila `nyata garis putih dari garis hitam '.
Ia bermaksud fajar (masuk subuh).
Masalah: Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh?
Jawab: Tidak sah, kerana masih makan ketika atau setelah terbit fajar.

Masalah: Apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan?
Jawab: Juga tidak sah.

TERIMA KASIH ALLAH :`)

cintaAllah
Pernahkah kita sedar? Hidup di dunia ini seakan-akan selembar kain rentang. Saat titisan darah ibu melahirkan seorang anak yang bernama 'kita', saat itulah bermulanya selembar kain rentang yang bersih, kosong.

SELAWAT MENCEGAH LUPA

Hendaklah diamalkan antara waktu selepas solat Maghrib sehingga waktu Isyak mengikut bilangan yang dikehendaki. InsyaAllah tidak akan lupa ayat-ayat suci al-Quran, doa atau pelajaran-pelajaran yang telah dihafal seseorang.
اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا محمد 
وَاَلِهِ كَمَا لاَنِهَايَةَ لِكَمَالِكَ وَعَدَدِ كمَاَلِهِ
Ya Allah Limpahkanlah Rahmat dan Kesejahteraan serta Kerberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas kaum keluarga Baginda dengan kurniaan yang paling sempurna daripada segala kesempurnaan Engkau yang Engkau kurniakan kepada Baginda

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam,