" Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalahiman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini "

Wednesday, December 29, 2010

Cinta Kerana Allah

Maksudnya ialah kita mesti melakukan sesuatu perkara itu seperti menolong seseorang rakan hanya ikhlas kerana Allah dan untuk mendapatkan keredhaanNya walaupun ianya melanggar kehendak kita sendiri. Sabda Rasullullah SAW: “Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, orang yang mencintai seseorang hanya kerana Allah dan orang yang tidak suka kembali kepada kekufuran , sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka”. [HR Ahmad]

Larangan Mengumpat,Cemburu,Khianat Dan Dengki

Persahabatan di antara Muslim adalah berlandaskan amanah dan kepercayaan. Seorang Muslim tidak boleh mengkhianati atau mengumpat rakannya. Persahabatan Islam yang berlandaskan amanah dan saling hormat-menghormati akan merapat dan mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin. Manakala persahabatan cara Barat hanya akan mengakibatkan kegelisahan dan kecurigaan kerana seseorang itu akan sentiasa risau sama ada dia akan di khianati oleh sahabatnya ataupun sebaliknya. 

Firman Allah SWT: “ Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing(mengumpat) sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." [TMQ Al Hujaraat(49): 12]

Islam juga melarang perasaan dengki dan khianat di antara rakan-rakan.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.” [HR Bukhari & Muslim]

Tuesday, December 28, 2010

Menyembunyikan Keaiban Rakan

Adalah amat penting bagi kita menyembunyikan keaiban dan kesilapan rakan-rakan kita. Ini tidak bererti bahawa kita tidak mempedulikan mereka tetapi wajiblah kita memberikan nasihat yang baik di antara satu sama lain. Namun, jangan pula kita memaparkan kesilapan atau keburukan mereka kepada orang ramai. Ini akan memalukan mereka dan menyedihkan hati mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang merungkaikan dari seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya.” [HR Muslim

Menghargai Saat Kehidupan Remaja

Sementara umur masih remaja, amatlah penting untuk seorang remaja Islam menurut segala ajaran Islam dengan mendalami pengetahuan Islam mereka dan menyampaikannya kepada rakan yang lain. Saat remaja tidak akan kekal selama-lamanya, maka dengan itu, sudah tentu remaja Islam tidak sepatutnya leka dan perlu menggunakan peluang seumur hidup sekali ini untuk menegakkan kalimah Allah sebelum peluang itu hilang selama-lamanya. Remaja Islam masa kini hendaklah menelusuri teladan para remaja Islam di zaman Rasululllah SAW yang telah meninggalkan jejak langkah kejayaan dalam menegakkan syiar Deen Allah. Marilah kita mengingatkan kembali pesanan Rasulullah SAW dalam sabda baginda : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba mati." [HR al-Hakim dan al-Baihaqi]

Leburlah Dosa dengan Taubat yang Tulus

Setiap hamba pasti pernah terjerumus dalam dosa bahkan juga dosa besar. Mungkin ada yang sudah terjerumus dalam kelamnya zina, pembunuhan dan minum minuman keras (khomr). Tentu saja dosa ini bukan dibiarkan begitu saja tanpa disesali. Dosa tersebut tentu saja patut ditaubati dengan taubat yang tulus.



Sebuah hadits yang patut jadi renungan, Anas bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta'ala berfirman,

قَالَ اللَّهُ يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِى وَرَجَوْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِى يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِى بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِى لاَ تُشْرِكُ بِى شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

”Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. Tirmidzi no. 3540. Abu Isa mengatakan bahwa hadits ini ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Jika Bertaubat, Setiap Dosa Akan Diampuni

Hadits di atas menunjukkan bahwa Allah benar-benar Maha Pengampun. Setiap dosa –baik dosa kecil, dosa besar, dosa syirik bahkan dosa kekufuran- bisa diampuni selama seseorang bertaubat sebelum datangnya kematian. Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az Zumar: 53).

Ibnu Katsir mengatakan, ”Ayat yang mulia ini berisi seruan kepada setiap orang yang berbuat maksiat baik kekafiran dan lainnya untuk segera bertaubat kepada Allah. Ayat ini mengabarkan bahwa Allah akan mengampuni seluruh dosa bagi siapa yang ingin bertaubat dari dosa-dosa tersebut, walaupun dosa tersebut amat banyak, bagai buih di lautan. ”[1]

Ayat ini menunjukkan bahwa Allah akan mengampuni setiap dosa walaupun itu dosa kekufuran, kesyirikan, dan dosa besar (seperti zina, membunuh dan minum minuman keras). Sebagaimana Ibnu Katsir mengatakan, ”Berbagai hadits menunjukkan bahwa Allah mengampuni setiap dosa (termasuk pula kesyirikan) jika seseorang bertaubat. Janganlah seseorang berputus asa dari rahmat Allah walaupun begitu banyak dosa yang ia lakukan karena pintu taubat dan rahmat Allah begitu luas.”[2]

Jati Diri Dan Keperibadian Remaja Islam Kini Semakin Hilang

Natijah dari kehilangan Islam sebagai sebuah Sistem Pemerintahan yang diterapkan keatas umat manusia pada hari ini, semakin ketara terlihat didalam seluruh aspek kehidupan. Kepincangan sistem sosial yang tidak berlandaskan Islam didalam kehidupan masyarakat dapat dirasai samada kita hidup di negara-negara yang dipimpin oleh penguasa Islam mahupun bukan Islam. Sudah tentunya, tiada yang lebih menyedihkan apabila kita terpaksa menyaksikan bagaimana hinanya anak-anak remaja kita dibesarkan didalam sistem Sekular Kapitalis yang penuh dengan kekufuran, malahan lebih buruk apabila sebahagian dari mereka seperti telah kehilangan nilai-nilai keperibadian Islam, tidak kurang juga yang terpesong pegangan akidahnya.

Apabila kita mengkaji apakah punca keruntuhan akhlak dan nilai-nilai keperibadian Islam para remaja masa kini, satu fakta ringkas namun mengerikan telah ditemui iaitu – pengaruh rakan sebaya disekeliling mereka. Oleh yang demikian, peranan remaja dalam memilih rakan-rakan mereka adalah amat penting dalam memastikan pemeliharaan syakhsiah dan jati diri keperibadian Islam. Persahabatan yang dijalin dengan rakan-rakan yang sentiasa menjaga keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah SWT adalah prasyarat terbaik dalam memastikan para remaja akan tetap berpegang teguh dengan paksi ajaran Islam dan seterusnya sentiasa diredhai Allah SWT.

Walaupun kebanyakkan daripada kita, sebagai umat Islam akan sentiasa berikhtiar untuk mengekalkan dan memelihara identiti keperibadian Islam didalam keluarga masing-masing, namun kadangkala kita terlepas pandang tentang pergaulan anak remaja diluar rumah malah tatkala mereka menghadap skrin komputer untuk melayari internet. Islam telah menyediakan satu pakej lengkap bagi setiap penganutnya untuk dijadikan sebagai panduan dalam melayari kehidupan bagi menempa kejayaan didunia dan akhirat. Para remaja mestilah sentiasa terikat dengan hukum syarak dalam segala aspek kehidupan termasuklah dalam memilih rakan-rakan mereka.