" Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalahiman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini "

Tuesday, December 28, 2010

Jati Diri Dan Keperibadian Remaja Islam Kini Semakin Hilang

Natijah dari kehilangan Islam sebagai sebuah Sistem Pemerintahan yang diterapkan keatas umat manusia pada hari ini, semakin ketara terlihat didalam seluruh aspek kehidupan. Kepincangan sistem sosial yang tidak berlandaskan Islam didalam kehidupan masyarakat dapat dirasai samada kita hidup di negara-negara yang dipimpin oleh penguasa Islam mahupun bukan Islam. Sudah tentunya, tiada yang lebih menyedihkan apabila kita terpaksa menyaksikan bagaimana hinanya anak-anak remaja kita dibesarkan didalam sistem Sekular Kapitalis yang penuh dengan kekufuran, malahan lebih buruk apabila sebahagian dari mereka seperti telah kehilangan nilai-nilai keperibadian Islam, tidak kurang juga yang terpesong pegangan akidahnya.

Apabila kita mengkaji apakah punca keruntuhan akhlak dan nilai-nilai keperibadian Islam para remaja masa kini, satu fakta ringkas namun mengerikan telah ditemui iaitu – pengaruh rakan sebaya disekeliling mereka. Oleh yang demikian, peranan remaja dalam memilih rakan-rakan mereka adalah amat penting dalam memastikan pemeliharaan syakhsiah dan jati diri keperibadian Islam. Persahabatan yang dijalin dengan rakan-rakan yang sentiasa menjaga keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah SWT adalah prasyarat terbaik dalam memastikan para remaja akan tetap berpegang teguh dengan paksi ajaran Islam dan seterusnya sentiasa diredhai Allah SWT.

Walaupun kebanyakkan daripada kita, sebagai umat Islam akan sentiasa berikhtiar untuk mengekalkan dan memelihara identiti keperibadian Islam didalam keluarga masing-masing, namun kadangkala kita terlepas pandang tentang pergaulan anak remaja diluar rumah malah tatkala mereka menghadap skrin komputer untuk melayari internet. Islam telah menyediakan satu pakej lengkap bagi setiap penganutnya untuk dijadikan sebagai panduan dalam melayari kehidupan bagi menempa kejayaan didunia dan akhirat. Para remaja mestilah sentiasa terikat dengan hukum syarak dalam segala aspek kehidupan termasuklah dalam memilih rakan-rakan mereka.

No comments:

Post a Comment