Adalah amat penting bagi kita menyembunyikan keaiban dan kesilapan rakan-rakan kita. Ini tidak bererti bahawa kita tidak mempedulikan mereka tetapi wajiblah kita memberikan nasihat yang baik di antara satu sama lain. Namun, jangan pula kita memaparkan kesilapan atau keburukan mereka kepada orang ramai. Ini akan memalukan mereka dan menyedihkan hati mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang merungkaikan dari seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya.” [HR Muslim
No comments:
Post a Comment